Pemandu bas persiaran tiada lesen, ada 27 saman lampau
Oleh – Syeikh Baran
Pemandu bas persiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands di sini hari ini tidak mempunyai lesen memandu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu berusia 32 tahun itu juga didapati mempunyai 27 saman lampau yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu.
“Pemandu bas masih mendapatkan rawatan di hospital dan siasatan giat dilakukan.
Menurut Zaiham dua pelancong warganegara China iaitu Zhang Ping,58, dan Wan Shuhong,49, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bas dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok tengah pembahagi jalan di Kilometer 16.5 Jalan turun Genting Highlands.
Katanya berdasarkan maklumat awal polis mendapatu seramai 21 mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut termasuk pemandu bas.
“Seramai 18 penumpang warga asing terlibat, manakala terdapat tiga warga tempatan yang terdiri daripada seorang pemandu bas, seorang pembantu dan seorang pemandu pelancong,”ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE