Wang simpanan persaraan RM216,000 lesap dikebas scammer

Oleh – Syeikh Baran


Wang simpanan persaraan RM216,000 lesap dikebas scammer
Gambar Hiasan

Seorang lelaki warga emas yang bimbang ditangkap polis kononnya dia terlibat dalam kes pengubahan wang haram terpaksa berputih mata selepas wang simpanan persaraannya sebanyak RM216,000 lesap diperdaya oleh sindiket ‘phone scam’.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, mangsa yang berusia pertengahan 60-an itu telah menerima panggilan dari seseorang yang memperkenalkan diri sebagai Umi Hani dari DHL Melaka dan memaklumkan ada menghantar satu bungkusan mengandungi satu buku cek dan token dari Melaka ke Kedah.



Katanya suspek turut mengatakan bungkusan tersebut telah dihantar kepada pihak polis untuk siasatan dan mangsa perlu membuat laporan polis secara dalam talian sebagai penafian.

“Selepas itu, panggilan telefon disambungkan ke Bukit Aman dan mangsa bercakap dengan suspek yang menyamar sebagai Inspektor Lai, memberitahu nama mangsa ada terlibat dengan kes jenayah pengubahan wang haram.
 

“Suspek juga memberitahu mangsa untuk menyiasat kes tersebut dan kes akan ditujuk kepada pihak atasan yang dikendalikan oleh Datuk Ling iaitu Pegawai Penyiasat Kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, Mancha berkata suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya mengeluarkan kesemua wang simpanan persaraannya yang ada untuk dipindahkan ke dalam beberapa pemilik akaun bank berbeza bagi tujuan siasatan pihak polis.

“Mangsa yang dalam keadaan panik, dari pertengahan hingga penghujung Jun lalu telah memindahkan wang melalui lapan transaksi ke lima akaun bank suspek yang berbeza,” katanya.



Beliau berkata, mangsa menyedari ditipu apabila suspek masih menghubungi serta mengarahkannya merahsiakan perkara itu daripada sesiapa sahaja dan mangsa juga dikehendaki melaporkan diri setiap masa kepada suspek.

Sumber – KOSMO! OLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button