Dua koperal polis cedera dilanggar ketika bertugas

Oleh – Syeikh Baran


Dua koperal polis cedera dilanggar ketika bertugas
Keadaan dua anggota polis tersebut selepas kemalangan berkenaan.

Dua anggota polis berpangkat koperal cedera selepas kereta peronda (MPV) dinaiki dilanggar kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan-Persiaran Bestari di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 8.10 malam itu, mangsa berusia 33 tahun mengalami luka di bahagian tangan dan muka serta bengkak di kepala.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati MPV polis sedang menuju ke pusat komersial Seksyen 7 selepas menerima panggilan berhubung satu kes pergaduhan.

“Ketika melintasi simpang tersebut dalam keadaan siren dan ‘beacon light’ diaktifkan, MPV itu dilanggar di bahagian sisi oleh kereta Honda City yang bergerak lurus.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan penumpang MPV mengalami luka di tangan, muka dan bengkak dikejarkan ke Hospital Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemandu Honda City berusia 24 tahun tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097 bagi membantu siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button