‘Nak pandu laju-laju, pergilah sewa trek Sepang’

Oleh – Syeikh Baran


‘Nak pandu laju-laju, pergilah sewa trek Sepang’
Tangkap layar menunjukkan kereta Lamborghini berwarna kuning yang terlibat dalam nahas kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak.

Tindakan seorang pemandu yang memandu supercar jenis Lamborghini secara berbahaya mengundang padah apabila kenderaan itu terbabas sebelum terbakar dalam nahas di Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak, semalam.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka di laman sosial X @anthraxxx781 berdurasi 2 minit 19 saat, kenderaan itu dilihat dipandu dengan laju tanpa mematuhi had yang ditetapkan.



Kereta itu dan dua buah kereta mewah jenis sama dilihat memotong beberapa buah kenderaan lain sebelum terlibat dalam kemalangan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, orang ramai mengecam aksi pemanduan tersebut yang didakwa dipandu secara laju sehingga mengabaikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Tidak faham kenapa nak juga pandu laju di highway (lebuh raya). Pergi sewa trek (litar) di Sepang itu,” kata @bazla_s.

“Aku ada atas jalan ini ride (lumba) semalam. Memang gila-gila diorang drive (pandu). Ngeri cilok (memotong) sana sini,” kata @AbasHafizz.



Perkongsian video di media sosial tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 231.7 ribu tontonan dan 1.6 ribu tanda suka.

Semalam, sebuah kenderaan mewah berjenama Lamborghini mengalami kemalangan di Kilometer 57.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur.

Nahas tersebut mengakibatkan seorang pemandu lelaki terkorban manakala seorang wanita mengalami kecederaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button