Banjir Sabah: Cuaca kekal buruk, 328 mangsa ke PPS

Oleh – Syeikh Baran


Banjir Sabah: Cuaca kekal buruk, 328 mangsa ke PPS
Keadaan banjir di pekan Donggongon, Penampang setakat petang ini. Foto MEDIA SOSIAL

Jumlah mangsa banjir membabitkan empat daerah di Sabah terus meningkat kepada 328 orang setakat pukul 4 petang ini.

Bilangan itu melibatkan 105 buah keluarga di daerah Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli.



Seramai 165 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, Dewan Sri Putatan (116), PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh (29), Tuaran PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, Tamparuli (18).

Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah menjangkakan bilangan mangsa akan bertambah berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu di empat daerah tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button