Jangan terpedaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal

Oleh – Syeikh Baran


Jangan terpedaya akaun media sosial palsu Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi, iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7.



“Sebarang akaun lain termasuk di Facebook, Instagram, TikTok atau Threads yang menggunakan nama dan gambar baginda adalah palsu,” menurut hantaran itu. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button