SPRM nafi Azam Baki terbabit sebar tomahan berkait agensi penguat kuasa

Oleh – Syeikh Baran


SPRM nafi Azam Baki terbabit sebar tomahan berkait agensi penguat kuasa
AZAM

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terbabit dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyebaran tohmahan membabitkan seorang ketua pengarah sebuah jabatan penguat kuasa kepada beberapa agensi media dan agensi kerajaan dilakukan menerusi e-mel akaun palsu menggunakan nama Azam.



“SPRM menafikan maklumat itu mempunyai kaitan dengan ketua pesuruhjaya dan suruhanjaya ini.

“Oleh itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih atau palsu,” menurut kenyataan itu.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button