NG999 lebih cekap, pantas
NG999 lebih cekap, pantas
TM dan Kerajaan Malaysia memeterai perjanjian membangunkan dan mengendalikan sistem panggilan kecemasan baharu negara, Next Generation Emergency Services 999 (NG999), bagi menggantikan Malaysian-Emergency Responses 999 (MERS999) sedia ada.
Perjanjian ini ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Naib Presiden Eksekutif TM One, Shazurawati Abd Karim, disaksikan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
NG999 ialah sistem digital strategik bersepadu yang meningkatkan perkongsian sumber dan data antara pusat panggilan kecemasan dan agensi pusat berkaitan.
Sistem baharu ini menyepadukan peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi dan aplikasi pintar mudah alih ke dalam pengendalian insiden kecemasan serta masa tindak balas yang menambah baik bantuan kecemasan di seluruh negara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris berkata, TM berbesar hati kerana diberi peluang untuk terus menjadi rakan kongsi dipercayai oleh kerajaan, menyokong perkhidmatan kecemasan negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pintu UiTM Dapat Di Pertahankan, Mengapa Pintu Matrikulasi Pula Hendak Di Robohkan?
- Drama Queen Beraksi Lagi, Kali Nie Larian 200 KM, 200 KM Atau 200 Meter
- Himpunan Rakyat lawan Anwar tidak sebut siapa yang mereka mahu gantikan Anwar
Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional
“NG999 satu inisiatif untuk menaik taraf MERS999 sedia ada, yang bakal memberikan bantuan kecemasan lebih cekap dan pantas.
“Peranan menyeluruh TM meliputi infrastruktur rangkaian dan platform, pengurusan panggilan, dan perkhidmatan sokongan lain, membolehkan kami memberikan sokongan berterusan kepada orang awam dan petugas bantuan kecemasan.
“Peluang menaik taraf perkhidmatan kecemasan adalah satu lagi pencapaian dalam komitmen TM terhadap Digital Malaysia dengan memanfaatkan kemajuan kecerdasan buatan (AI), mencerminkan aspirasi kami untuk menjadi Digital Powerhouse menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan.
Menurut kenyataan TM kepada Bursa Malaysia, perjanjian berkenaan bernilai RM1.25 bilion.
NG999 bermula tahun ini dengan tarikh kuat kuasa ditentukan kerajaan, selama 12 tahun sehingga 2036.
Ia membabitkan akses kepada lima agensi kecemasan utama di seluruh negara iaitu
Agensi itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) and Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Amar Huzaimi berkata, sejajar peningkatan penggunaan telefon mudah alih di negara ini, TM memperkenalkan aplikasi baharu untuk NG999 yang membolehkan penggunaan teks, foto dan video untuk pengguna berdaftar.
“Ini akan meningkatkan mutu komunikasi antara pemanggil dengan petugas bantuan kecemasan, yang sekali gus mempercepat saluran perkhidmatan,” katanya.
NG999 lebih cekap, pantas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri
- Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?