Olimpik Paris: Sedia gempur demi buru emas pertama
Olimpik Paris: Sedia gempur demi buru emas pertama
KUALA LUMPUR – Mengelak berdepan lawan yang sukar tidak berada dalam perancangan pemain negara sebaliknya mereka bersedia menggempur siapa sahaja menjelang Sukan Olimpik Paris yang membuka tirai pada 26 Julai ini nanti.
Demikian tegas, jurulatih beregu lelaki badminton negara, Tan Bin Shen selepas mengakui bahawa pasangan ranking No. 5 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja termasuk pasangan pilihan utama pada temasya empat tahun sekali itu.
Hanya empat pasangan teratas ranking dunia akan diletakkan selaku pilihan yang menyaksikan mereka akan dipecahkan dalam empat kumpulan.
“Apa yang kita bincangkan dengan mereka (Aaron-Wooi Yik), saya rasa untuk Olimpik kali ini kita tidak fikir untuk elak sesiapa pun. Kita fokus pada perlawanan dan siapa datang kita lawan. Selagi kita tahu cara nak main dan cukup tenang untuk atasi cabaran lawan itu paling penting.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan PPBM Mula Berebut DUN Nenggiri
- Kumpulan Bertindak Ibubapa Bagi Pendidikan Anggap Jaminan Kemasukan Bukan Bumiputera Ke Matrikulasi Hanya Retorik
“Saya rasa pasangan pilihan utama juga tidak merasakan mereka dalam keadaan yang senang untuk menang dengan pasangan yang bukan pilihan. Jadi, kita buat terbaik siapa yang kita akan berdepan nanti,” kata Bin Shen ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
“Bagi saya tidak mustahil kerana standard lebih kurang sama dan keadaan permainan dalam gelanggang juga tidak jauh beza. Jadi, saya harap fikiran pemain lebih tenang dan jangan tegang sangat malah fokus pada permainan,” ujarnya.
Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik menyumbang pingat gangsa kepada kontinjen negara di Olimpik Tokyo 2020 dan kali ini diletakkan sebagai antara sandaran utama bagi memenangi emas di Paris. -KOSMO! ONLINE
Olimpik Paris: Sedia gempur demi buru emas pertama
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kewujudan Atau Keabsahan Titah Adendum Yang Di Tolak Mahkamah