Situasi Bertambah Tegang Antara Bella Dan Ruhainies Apabila Puteri Sarah Muncul Dengan Ayat Berbaur Sindiran

Situasi tegang antara pelakon Bella Astillah dan Ruhainies nampaknya semakin hangat apabila rakan baik Bella, Puteri Sarah, meninggalkan komen berbaur sindiran dalam hantaran terbaharu Bella di Instagram.

Komen tersebut seolah-olah ditujukan kepada Ruhainies, yang baru-baru ini menghadapi tuduhan khalwat bersama Aliff Aziz.

Situasi Bertambah Tegang Antara Bella Dan Ruhainies Apabila Puteri Sarah Muncul Dengan Ayat Berbaur Sindiran

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dengan bersahaja menulis komen, “awak pandai nangis tak” di ruangan komen Instagram Bella. Komen ini mendapat hampir 3,000 tanda suka (likes) dan mencuit hati para pengguna media sosial.

Situasi Bertambah Tegang Antara Bella Dan Ruhainies Apabila Puteri Sarah Muncul Dengan Ayat Berbaur Sindiran

“Ada orang pandai nangis depan (program) Melodi sahaja. Kelakarlah dah sah-sah memang pelakon tapi cakap tak pandai nangis. Aduhai, nak coverline pun.” – ini antara komen-komen yang ditinggalkan.

Hari ini, Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Dalam temu bual bersama media, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, 32, menjelaskan bahawa dia tidak pandai berlakon, dan enggan menitiskan air mata depan kamera semata-mata untuk menunjuk-nunjuk.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?

Situasi Bertambah Tegang Antara Bella Dan Ruhainies Apabila Puteri Sarah Muncul Dengan Ayat Berbaur Sindiran

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua. Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini,” katanya.

Pertelingkahan ini menarik perhatian ramai kerana hubungan baik Bella dan Puteri Sarah yang kelihatan semakin rapat dalam situasi kontroversi yang melibatkan Ruhainies dan Aliff Aziz.

Reaksi netizen juga menunjukkan sokongan yang besar terhadap komen Puteri Sarah, sambil menantikan perkembangan lanjut mengenai kes khalwat tersebut.

Prosiding mahkamah seterusnya dijadualkan pada 17 Oktober depan, dan pastinya kes ini akan terus menjadi tumpuan media serta peminat industri hiburan tanah air.

Situasi Bertambah Tegang Antara Bella Dan Ruhainies Apabila Puteri Sarah Muncul Dengan Ayat Berbaur Sindiran

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kewujudan Atau Keabsahan Titah Adendum Yang Di Tolak Mahkamah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button