Hamas hantar idea baharu akhiri perang 9 bulan di Gaza

Hamas hantar idea baharu akhiri perang 9 bulan di Gaza

Hamas hantar idea baharu akhiri perang 9 bulan di Gaza
Tangkap layar video memaparkan penduduk Palestin menyelamatkan diri berikutan Israel melakukan serangan di kawasan berhampiran sekolah yang dikendalikan PBB di KhanYounis. FOTO REUTERS AFP

Baitulmaqdis: Kumpulan Hamas menghantar idea baharu kepada pihak pengantara, Qatar bagi rundingan mengakhiri perang sembilan bulan di wilayah Palestin, Gaza dengan Israel.

Hamas berkata, pihaknya sedang berkomunikasi dengan pegawai dari Qatar, Mesir dan Turkiye bertujuan menamatkan konflik di rantau berkenaan.

“Ketua politik Hamas yang berpangkalan di Qatar, Ismail Haniyeh menghubungi saudara pengantara di Qatar dan Mesir mengenai idea yang sedang dibincangkan kumpulan kami bertujuan mencapai persetujuan.



“Ketua kumpulan Hamas juga berkomunikasi dengan pegawai di Turkiye,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan, petang semalam.

Qatar bekerjasama dengan Amerika Syarikat bagi mengetuai usaha gencatan senjata antara Israel dan Hamas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?




“Kami bertukar beberapa idea dengan saudara pengantara dengan tujuan menghentikan pencerobohan terhadap rakyat Palestin kami,” kata kenyataan Hamas sebelum ini.

Sementara itu, pihak Israel mengesahkan, mereka sedang menilai idea Hamas itu mengenai perjanjian untuk membebaskan tebusannya di wilayah Palestin.

“Pengantara perjanjian tebusan telah menyampaikan kepada pasukan perunding Hamas kenyataan mengenai garis besar perjanjian tebusan.



“Israel sedang menilai kenyataan itu dan akan memberikan maklum balas kepada pengantara,” kata Israel dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, menurut sumber terdekat dengan rundingan itu, Qatar dalam penyelarasan dengan Amerika Syarikat berunding dengan Hamas dan Israel sejak beberapa minggu lalu dalam usaha untuk merapatkan jurang antara kedua-dua pihak bertujuan mencapai rundingan gencatan senjata.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional




Hamas menuntut gencatan senjata kekal dan pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza.

Israel pula berpendirian, permusuhan tidak akan berakhir sehingga Hamas membebaskan semua tebusan yang diambil semasa serangan 7 Oktober lalu.

Malah, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga berulang kali berikrar, kempen Gaza Israel tidak akan berhenti sehingga keupayaan tentera dan pemerintahan Hamas musnah.

Akhbar New York Times minggu ini memetik pegawai keselamatan Israel sebagai berkata, jeneral tertinggi melihat gencatan senjata sebagai cara terbaik untuk memastikan pembebasan baki tebusan walaupun matlamat perang Israel tidak akan tercapai sepenuhnya.



Bagaimanapun, Netanyahu menolak laporan itu dan berikrar Israel tidak akan menyerah kepada angin kekalahan.

Hamas hantar idea baharu akhiri perang 9 bulan di Gaza

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dua Survey dapati Najib terlalu popular, lalu ada pihak halang pembebasan nya.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button