Buruh edar dadah masa PKP dipenjara 30 tahun

Oleh – Syeikh Baran


Buruh edar dadah masa PKP dipenjara 30 tahun
Mohd. Firdaus (tengah) dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan kerana mengedar dadah jenis methamphetamine di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Perbuatan seorang buruh mengedar dadah jenis methamphetamine sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu memakan diri apabila dia dihukum penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani turut memerintah tertuduh, Mohd. Firdaus Mohd. Zahid, 32, juga dikenakan hukuman 12 sebatan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.



Mengikut pertuduhan, Mohd. Firdaus didakwa mengedar dadah methamphetamine seberat 299.17 gram di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman pada pukul 4.50 petang, 12 April 2021.

Berdasarkan fakta kes, kegiatan Mohd Firdaus terbongkar selepas dia ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) sewaktu pelaksanaan PKP.

Pemeriksaan mendapati tertuduh merentas negeri tanpa kebenaran. Polis menjumpai sejumlah dadah yang diletakkan atas kerusi penumpang hadapan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button