Kerani didakwa rasuah rakan ‘kaut’ insurans kemalangan

Oleh – Syeikh Baran


Kerani didakwa rasuah rakan ‘kaut’ insurans kemalangan
TERTUDUH diiringi pegawai SPRM selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. -foto oleh SYAFEEQ AHMAD

Seorang kerani firma guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyogok kenalannya membuat laporan polis palsu sebagai taktik mendapatkan tuntutan tinggi insurans kes kemalangan jalan raya, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, R. Selvarajah, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejuruh pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.



Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah secara rasuah memberi satu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM3,000 kepada Abdul Karim Mohamad sebagai dorongan membuat laporan polis palsu pada 11 Mei 2017.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya dalam daerah Melaka Tengah antara 10 dan 31 Mei 2017.

Difahamkan, perbuatan itu dilakukan untuk membuat tuntutan insurans kemalangan dengan jumlah lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM6,000 beserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan tarikh 13 Ogos depan untuk serahan dokumen.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button