Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Jarah Hasil Negara

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?

 

Presiden PAS, Hadi Awang, mendakwa banyak masalah diselesaikan ketika partinya bersama Perikatan Nasional (PN) memerintah selama 33 bulan dengan menggunakan hasil negara sendiri.

Hadi juga berkata, PAS membuktikan kemampuannya mentadbir dari 2020 hingga 2022 apabila diberi peluang.



Walaupun sebelum itu berdepan kekalahan termasuk di kubu kuatnya di Terengganu dan Kedah.

“Banyak masalah diselesaikan masa kita perintah.”

“Dalam masa sedikit sahaja berlaku Covid-19 dan sebagainya.”

“Tetapi selesai dengan hasil negara kita sendiri tanpa bergantung orang lain.”



“Bukan hutang dengan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan hutang dengan negara lain (sebaliknya) bergantung kepada kekuatan dan tenaga sendiri.”

“Ini peluang untuk kita tolak PH (Pakatan Harapan).”

“Untuk beri isyarat walaupun ini pilihan raya kecil tetapi mempunyai makna sangat besar kepada politik negara.”

“Sungai Bakap akan mengajar seluruh Malaysia supaya berani buat perubahan pilih PN,” kata Hadi Awang.



Penulis tidak nafikan, di era pemerintahan Perikatan Nasional dan boneka Perikatan Nasional selama 33 bulan, berlaku banyak masalah.

Antara masalah yang besar adalah pandemik Covid-19.

Covid-19 adalah masalah global yang tidak boleh kita elakkan dan sememangnya semua negara di dunia terkesan dari sudut ekonomi.

Tetapi proses pemulihan ekonomi negara kita adalah yang paling lembap berbanding negara lain di dunia.



Ini adalah kerana dasar mengurung rakyat Perikatan Nasional, walau pun negara lain sudah menggerakkan ekonomi mereka telah menyebabkan ekonomi negara hampir lumpuh.

Sebab apa mereka mengurung rakyat, sudah menjadi rahsia umum yang tidak perlu penulis tulis berulang kali.

Bukan pentadbiran Perikatan Nasional tidak mahu berhutang dengan negara luar, tetapi negara luar tidak mahu berikan pinjaman kepada negara ketika itu.

Sebab apa, kerana perdana menteri dan menteri serta duta khas ke Timur Tengah, sangat-sangat tidak kompeten.



Peralihan kuasa secara tidak bermoral juga menyebabkan negara luar hilang keyakinan.

Realitinya bukan Perikatan Nasional selesaikan masalah dengan hasil negara, tetapi mencipta masalah dengan menjarah negara.

Biar mahkamah berbicara.

 



Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button