Peluang Uruguay cipta sejarah baharu

Peluang Uruguay cipta sejarah baharu

Peluang Uruguay cipta sejarah baharu
BIELSA (tengah) memberi arahan kepada penyerangnya, Darwin Nunez ketika aksi peringkat kumpulan sebelum ini. – AFP

LAS VEGAS – Uruguay berpeluang cerah untuk mencipta sejarah baharu di pentas Copa America memandangkan ini adalah kali pertama mereka melepasi peringkat kumpulan dengan rekod kemenangan 100 peratus.

Jika berjaya, La Celeste akan muncul pemenang terbanyak dengan kejuaraan sebanyak 16 kali kerana ketika ini mereka terikat bersama Argentina selepas kedua-dua negara pernah memenangi 15 gelaran sebelum ini.

Sejak Marcelo Bielsa dilantik sebagai ketua jurulatih pada 15 Mei tahun lalu, Uruguay ternyata berada dalam kelas tersendiri dan kini dianggap sebagai pasukan pilihan meskipun bakal berdepan Brazil di suku akhir pagi esok.



Apa tidaknya, Uruguay telah merekodkan 10 kemenangan, tiga seri dan hanya tewas dua kali sepanjang 15 perlawanan termasuk menjadi satu-satunya negara berjaya mengalahkan Argentina sejak mereka bergelar juara dunia di Qatar pada 2022.

Disebabkan itu, bekas penyerang Argentina, Sergio Aguero berpendapat, Uruguay mampu menewaskan Brazil untuk melangkah ke pentas separuh akhir kejohanan kali ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wabak Salah Najib Bermula Lagi




“Kalau anda bertanyakan kepada saya, sudah tentu saya merasakan Uruguay adalah pasukan pilihan selain Argentina. Mereka ada kualiti yang sangat hebat, apatah lagi kini bersama Marcelo Bielsa.

“Brazil tidak berada pada tahap terbaik, begitu juga Colombia. Saya tidak pasti sama ada mereka (Uruguay) adalah calon juara tetapi saya percaya mereka boleh melangkah jauh,” kata Aguero. – AGENSI

Peluang Uruguay cipta sejarah baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button