Nonny Nadirah Mohon Maaf

Belum Sedia Untuk Beri Kenyataan Atau Ditemu Bual Buat Masa Ini

Nonny Nadirah Mohon Maaf

Nonny Nadirah Mohon Maaf
Nonny Nadirah

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah, 34, belum bersedia untuk komen lanjut mengenai tindakannya yang mencukur kepala hingga hampir botak sehingga menjadi buah mulut ramai, sejak kelmarin.

Berkongsi video yang kini tular itu menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya, Nonny turut memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai perubahan imejnya itu buat masa ini.

“Saya mohon maaf. Saya belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan atau ditemu bual buat masa ini.



“Mohon doakan yang terbaik buat saya,”katanya, lapor Harian Metro.

Nonny bagaimanapun memberitahu dia berada dalam keadaan baik dan sihat.

Malah dia menambah, dirinya kini sedang memberi fokus kepada dua penari kelahiran Perancis yang kini menjadi idolanya iaitu Laurent dan Larry Nicolas atau lebih dikenali sebagai Les Twins.

“Saya begitu meminati mereka. Saya baru kenal Les Twins pada 1 Januari lalu melalui video viral mereka di TikTok.

“Mereka sangat meminati penyanyi Beyonce dan sangat terkenal. Saya harap mereka akan datang ke Malaysia,”katanya lagi.



Terdahulu Nonny mengejutkan pengikutnya di Instagram apabila tampil dengan imej baharu selepas lama mendiamkan diri.

Menerusi klip video terbabit, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin yang memakai cermin mata hitam kelihatan membuka bajunya dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur.

Nonny Nadirah Mohon Maaf


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button