Farid dan Diana bahagia selepas hampir setahun rujuk

Penceraian ada hikmah tersendiri

Farid dan Diana bahagia selepas hampir setahun rujuk

Farid dan Diana bahagia selepas hampir setahun rujuk
Farid bersyukur dan berada dalam fasa bahagia selepas diduga dengan pergolakan rumah tangga tahun lalu.

SELEPAS hampir setahun kembali rujuk, pelakon Farid Kamil berada dalam fasa bahagia bersama isteri iaitu aktres Diana Danielle.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, penceraian dengan Diana mempunyai hikmah tersendiri termasuk menyedarkan tentang niat sebenar mereka berkahwin sejak 12 tahun lalu.

“Apa boleh saya katakan kami kembali kepada niat asal saya dan Diana berkahwin… Apabila kami faham niat kami berkahwin kerana Allah, jadi perkara itu (rujuk) menjadi mudah.



 

Farid dan Diana bahagia selepas hampir setahun rujuk
Farid anggap dia dan Diana bukanlah pasangan contoh buat rakan selebriti lain.

Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Gold di Aurum Theatre, The Exchange, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wabak Salah Najib Bermula Lagi




Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Farid bersuyukur dengan dugaan ditempuh dalam rumah tanggannya kerana ia meninggalkan pelbagai hikmah.

“Saya sebagai seorang suami dan bapa sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku sebab semuanya suah tertulis.

“Saya sebagai manusia hanya tempuh perjalanan kehidupan itu,” ujarya.

Sementara itu, ditanya mengenai pengesahan rujuk pasangan ini di mahkamah, Farid mengambil pendekatan untuk tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai bahan berita untuk tatapan umum.



Apa lebih penting kata Farid, proses itu berjaya dilakukan mengikut hukum syarak dan proses undang-undang syariah.

“Secara undang-undang dan secara dasarnya rujuk itu dah berlaku dan kami ambil jalan tengah bagi menyelesaikan masalah itu dengan betul.

“Tidak perlu untuk kami menguar-uarkan perkara itu menjadi satu berita sensasi, kami pilih jalan mudah dan yang terbaik” jelasnya.

Untuk rekod, Diana dan Farid bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos tahun lalu.



Bagaimanapun, perceraian tersebut tidak kekal lama apabila Farid mendedahkan sudah rujuk kembali dengan Diana tidak lama selepas itu.

 

Farid dan Diana bahagia selepas hampir setahun rujuk
Farid bahagia di samping keluarga tercinta.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11 dan Nur Aurora, 9 tahun.

Dalam perkembangan lain, Farid bakal muncul dengan filem terbaharunya iaitu Gold yang diinspirasikan daripada kisah benar kejayaan pasukan badminton negara memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik di Tokyo pada 2020.



Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 11 Julai 2024.

Selain Farid, pelakon lain membintangi filem berkenaan ialah Jack Tan, Yasmin Hani, Wan Raja, Fabian Loo, Freddie Ng dan Lynn Lim.

Farid dan Diana bahagia selepas hampir setahun rujuk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button