Alyah dimasukkan ke hospital

2 minggu batuk berpanjangan di Tanah Suci

Alyah dimasukkan ke hospital

Alyah dimasukkan ke hospital
Alyah terpaksa pulang awal ke tanah air kerana masalah kesihatan.

PENYANYI Datin Alyah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya selepas tiba dari Tanah Suci pada Khamis lalu.

Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 43, berkata, dia sepatutnya dijadualkan pulang ke tanah air pada 17 Julai selepas mengerjakan ibadah haji namun mengambil keputusan pulang lebih awal.

Ia susulan sudah dua minggu dia mengalami batuk berpanjangan sehingga menjejaskan kesihatannya.



Alyah dimasukkan ke hospital
Alyah memaklumkan mengalami masalah kesihatan ketika berada di Tanah Suci.

 

 

“Saya buat keputusan balik ke Malaysia pada 4 Julai yang sepatutnya saya pulang pada 17 Julai 2024.

“Batuk saya tak hilang-hilang hampir dua minggu dan setiap kali batuk rusuk kiri saya macam mencucuk.



“Doktor membekalkan ubat tahan sakit sepanjang penerbangan pulang dan mendapatkan rawatan sejurus pulang ke tanah air,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wabak Salah Najib Bermula Lagi


Alyah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Sabtu.



Dalam pada itu, Alyah memohon maaf sekiranya dia tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar kepadanya.

Penyanyi lagu Kisah Hati ini juga memohon orang ramai mendoakan agar keadaannya tidak serius dan kembali pulih seperti sedia kala.

 

Alyah dimasukkan ke hospital
Alyah berangkat menunaikan ibadah haji pada 12 Jun lalu.

“Sekarang saya di wadkan di hospital, pada sesiapa yang menelefon saya tidak dijawab atau whatsApp tak jawab saya minta maaf banyak-banyak.



“Mohon doakan saya harap pagi (Sabtu) ini keputusan sinar-X dan darah saya tidak ada apa-apa,” ujarnya.

Pada 12 Jun lalu, Alyah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengejarkan ibadah haji.

Alyah dimasukkan ke hospital



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button