Dua lelaki ‘kebas’ kereta terbabas masuk anak sungai

Oleh – Syeikh Baran


Dua lelaki ‘kebas’ kereta terbabas masuk anak sungai
Gambar Hiasan

Tindakan dua lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Lurik Indah, di sini gagal apabila kereta tersebut terbabas ke dalam anak sungai, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, salah seorang suspek berjaya ditahan pemilik kereta jenis Honda City berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika seorang lelaki berusia 27 tahun mengangkut barang dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya tanpa mematikan enjin



“Lelaki terbabit kemudian terkejut apabila mendapati keretanya tiada semasa keluar dari rumah sebelum bertindak mencari di kawasan sekitar.

“Selepas mencari sejauh 200 meter, dia menjumpai keretanya terbabas ke dalam anak sungai dan melihat seorang lelaki keluar dari kereta itu sebelum bertindak menahannya,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemilik kereta itu menghubungi polis dan tangkapan semula dilakukan ke atas suspek.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button