Ajal pelajar tingkatan lima, motosikal rempuh belakang treler

Oleh – Syeikh Baran


Ajal pelajar tingkatan lima, motosikal rempuh belakang treler
REMAJA meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori di Jalan Pintasan Kuantan, berhampiran Stesen Minyak Caltex di Kuantan awal pagi ini.

Seorang pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah treler di Jalan Pintasan Kuantan, berhampiran Stesen Minyak Caltex di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, nahas pukul 1.40 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Hakimie Amin Mohd Rosli, 17, dalam perjalanan dari arah Semambu menghala ke Gebeng.



“Apabila sampai di lokasi lori yang bergerak di lorong kanan tiba-tiba dilanggar motosikal Yamaha 16ZR ditunggang mangsa dari arah belakang.

“Penunggang motosikal yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini.

Menurut Wan Mohd. Zahari, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Berdasarkan siasatan awal, lokasi kejadian adalah jalan dua lorong, permukaan jalan rata dan kering serta cuaca juga baik,”ujarnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button