Leka memancing, 45 individu terperangkap akibat kepala air

Oleh – Syeikh Baran


Leka memancing, 45 individu terperangkap akibat kepala air
Seramai 45 individu sedang menjalankan aktiviti pertandingan memancing terperangkap ekoran akibat kejadian kepala air di kolam berhampiran Kampung Longob, Jalan Tandek petang tadi. – Foto Ihsan Bomba

Seramai 45 individu sedang menjalankan aktiviti pertandingan memancing terperangkap ekoran akibat kejadian kepala air di kolam berhampiran Kampung Longob, Jalan Tandek petang tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.11 petang.



“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Dusin Sagaron digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian itu turut menyebabkan jambatan di sunyai berkenaan rosak dibawa arus deras,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memaklumkan pasukan bomba berjaya menyelamat kesemua mangsa terdiri daripada 23 lelaki dan 15 wanita dewasa serta tujuh kanak-kanak menggunakan tali dan tangga.

“Operasi ditamatkan pada pukul 6.47 petang,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button