Mesej Rakyat Bermula Dari Sungai Bakap

Mesej Rakyat Bermula Dari Sungai Bakap

Mesej Rakyat Bermula Dari Sungai Bakap

 

Kerajaan Perpaduan yang dianggotai 2 parti tunggak, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mengalami kekalahan teruk di pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap.

Calon PKR/PH-BN, Dr Joohari Ariffin, tewas kepada calon PAS/PN, Abidin Ismail, dengan majoriti 4,267 undi dalam pertandingan 2 penjuru.



Ketika PRN Pulau Pinang 2023, calon PKR/PH, Nurhidayah, tewas kepada calon PAS/PN, Allahyarham Abang Zam, dengan majoriti 1,563 undi.

Ini bermakna majoriti yang dimenangi PN dalam pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap bertambh lebih 300% berbanding PRN Pulau Pinang dalam masa hanya setahun.

Manakala undi yang diperolehi calon PKR/PH-BN pula menurun dari 13,870 undi dalam PRN Pulau Pinang kepada 10,222 undi dalam pilihanraya kecil Sungai Bakap.

Lebih memalukan apabila PH/BN hanya menang tipis 1 dari 8 pusat daerah mengundi (PDM) dengan hanya 369 undi.



PDM Sungai Duri pula menyaksikan PN memenangi semua saluran mengundi yang ada di PDM tersebut.

Di atas kertas, PH/BN sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk merampas kerusi DUN Sungai Bakap dari PN.

DUN Sungai Bakap berada di dalam parlimen Nibong Tebal.

Kerusi parlimen Nibong Tebal kini disandang oleh Fadhlina Sidek yang juga merupakan Menteri Pendidikan dalam kerajaan pusat.



Parlimen Nibong Tebal pula berada dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh Pakatan Harapan.

Dan kerajaan pusat yang memerintah sekarang juga adalah kerajaan PH/BN.

Mesej Rakyat Kepada Kerajaan PH/BN

 

Apa mesej yang rakyat mahu sampaikan kepada Kerajaan Perpaduan melalui keputusan pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap?



Mesej yang paling jelas adalah pemimpin jangan cuba hendak menipu rakyat.

Rakyat boleh terima kenaikan harga diesel sekiranya diberikan penerangan yang betul oleh pemimpin mengapa subsidi mesti ditarik balik.

DS Najib pernah melakukannya dan ianya tidak terlalu mendatangkan kemarahan dari rakyat kerana rakyat memahaminya.

Yang rakyat tidak boleh terima adalah apabila pemimpin menipu.



Rakyat boleh memahami sekiranya negara terpaka menerima pelaburan BlackRock, kerana Black Rock sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia.

Tetapi jangan menipu rakyat.

Mesej yang paling jelas dari akar umbi UMNO adalah keadilan DS Najib terus dinafikan, walau pun pemimpin UMNO kini berada dalam kerajaan pusat.

Cuba lihat fakta dalam pilihanraya kecil Sungai Bakap.



Peratus orang Melayu yang keluar mengundi adalah 70%, tetapi kebanyakan undi orang Melayu berpihak kepada Perikatan Nasional.

Kalau ini pun tidak boleh dibaca, berhentilah dari menjadi ahli politik.

 

Mesej Rakyat Bermula Dari Sungai Bakap

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button