Malaysia sasar juara keseluruhan AUG 2026

Malaysia sasar juara keseluruhan AUG 2026

Malaysia sasar juara keseluruhan AUG 2026
KONTINJEN negara cemerlang pada edisi AUG kali ini dengan meraih 38 emas, 45 perak dan 61 gangsa untuk meraih tempat ketiga keseluruhan. – AUG/IPT

SUKAN Universiti Asean (AUG) 2024 yang dianjurkan di Surabaya-Malang, Indonesia akhirnya menutup tirai secara rasmi malam kelmarin selepas dilangsungkan selama 11 hari bermula 26 Jun lalu.

Berakhirnya sukan universiti berprestij Asia Tenggara yang memasuki edisi ke-21 itu, maka bermula tugas Malaysia untuk mempersiapkan diri menjadi tuan rumah temasya dwitahunan tersebut pada 2026 nanti.

Selain mahu kembali merampas gelaran juara keseluruhan pernah diraih pada edisi 2012 di Vientiane, Laos, Malaysia pastinya mahu memastikan AUG 2026 merupakan antara yang terbaik pernah dianjurkan.



Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir menyuarakan rasa bangga atas keputusan Majlis Sukan Universiti Asean (AUSC) memilih Malaysia sebagai tuan rumah bagi edisi ke-22 itu.

“Saya ingin menyampaikan penghargaan kepada Indonesia atas kejayaan menganjurkan AUG 2024 pada tahun ini. Satu penghormatan juga kepada Malaysia mendapat peluang keemasan untuk menganjurkan AUG 2026 nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin UMNO Sedang Lakukan Sesuatu Tapi Tak Boleh Beritahu, Haa Gituuu




“Saya mengalu-alukan kehadiran semua pelajar Asean ke AUG edisi ke-22 yang akan berlangsung di Malaysia nanti. Jumpa anda semua di Malaysia nanti,” katanya menerusi satu rakaman video yang disiarkan pada upacara penutup AUG 2024 kelmarin.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah kepada sukan universiti Asia Tenggara itu adalah pada 2008 di mana kontinjen negara muncul juara keseluruhan 90 pingat emas, 79 perak dan 47 gangsa.

Penganjuran AUG 2026 merupakan peluang terbaik buat Malaysia untuk kembali merampas gelaran juara keseluruhan selepas percubaan beberapa edisi sebelum ini menemui jalan buntu.

Malaysia sasar juara keseluruhan AUG 2026

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button