Masih Mahu Menyalahkan Akar Umbi UMNO?

Masih Mahu Menyalahkan Akar Umbi UMNO

Masih Mahu Menyalahkan Akar Umbi UMNO?

 

Menarik perhatian penulis dengan apa yang dikatakan oleh pengerusi Barisan Nasional yang juga merupakan presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.

Beliau berkata kekalahan bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan.



Khususnya UMNO untuk menghadapi PRK seterusnya.

“Parti komponen berkenaan akan terus berusaha dan berazam membawa kemenangan kepada calon Kerajaan Perpaduan dalam PRK akan datang.”

“Kita terima kekalahan, itu keputusan rakyat.”

“Ini bukan penghujung, jalan terakhir PRK bagi mana-mana calon dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Melaka.



Penulis puji sikap yang tidak mahu mengalah dan mudah koyak presiden UMNO tersebut.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian penulis adalah apabila beliau mahu supaya akar umbi UMNO berubah.’

Berubah yang macam mana lagi, penulis tidak pasti.

“Kita harus ingat politik sekarang bukan politik pembangunan, politik sekarang ialah politik isu dan sentimen yang mesti dijuarai.”



“Berapa orang dalam kalangan kita yang berani jawab dan pertahankan ketua kita bila dihentam?”

“Kita hanya pandai tularkan sesuatu isu dengan kawan-kawan.”

“Dalam situasi ini, kita harus bangkit dan sedar dari sekarang,” tambah beliau lagi.

Timbul pertanyaan kepada penulis, berapa ramai pula pemimpin UMNO yang bangkit bila bekas presiden UMNO, DS Najib terus dinafikan hak dan keadilan?



Benar kata DS Zahid, politik sekarang bukan hanya politik pembangunan.

Tetapi politik sekarang lebih kepada politik isu dan sentimen.

Persoalan yang sama timbul kepada penulis, berapa ramai pula ahli MKT UMNO yang bangkit menjawab bila UMNO dituduh kononnya mengkhianati PAS dan PPBM?

Berapa banyak pula kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Azalina Said dalam menjawab segala tuduhan ke atas UMNO?



Bosanlah bila pemimpin asyik menuding jari kepada akar umbi, sedangkan dalam masa yang sama pemimpin sendiri membisu kerana sibuk mencaturkan kuasa dan kekayaan.

Akar umbi bukannya lembu yang boleh dicucuk hidungnya.

 

Masih Mahu Menyalahkan Akar Umbi UMNO?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button