Tiga lelaki cedera ditembak guna senapang patah

Oleh – Syeikh Baran


Tiga lelaki cedera ditembak guna senapang patah
Gambar Hiasan

Tiga lelaki cedera dipercayai ditembak dalam kejadian di belakang sebuah pasar raya Batu 19, Jalan Kuching-Serian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd. Irwan Hafiz Md. Radzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 1.57 pagi daripada lelaki berusia 26 tahun yang memaklumkan tiga rakannya terkena tembakan.



“Siasatan mendapati mangsa iaitu tiga lelaki mengalami kecederaan akibat kesan tembakan di badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa yang berusia 24 hingga 25 tahun dipercayai ditembak dengan menggunakan senapang patah.

Tiga mangsa itu menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak di sini dan dalam keadaan stabil. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button