Pelakon tumbuk teman wanita pukul 4 pagi

Oleh – Syeikh Baran


Pelakon tumbuk teman wanita pukul 4 pagi
Gambar Hiasan

Seorang wanita mendakwa ditumbuk teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga peniaga berusia 25 tahun pada pukul 6 petang semalam.



Menurutnya, mangsa memaklumkan kejadian berlaku selepas dia dihubungi teman lelakinya yang berusia 37 tahun sebelum berlaku perselisihan faham pada pukul 3 pagi.

“Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya pada pukul 4 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, lelaki tersebut kemudian memarahinya sebelum menumbuk mata kiri dan badan mangsa.

Kes disiasat di bawah 323 Kanun Keseksaan katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button