Hamilton bergaya padam rekod legenda F1
Hamilton bergaya padam rekod legenda F1
NORTHAMPTONSHIRE – Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mencipta sejarah apabila merekodkan kemenangan kesembilan Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone semalam, sekali gus mencatat satu lagi pencapaian baharu dalam arena Formula Satu (F1).
Hamilton memenangi pertarungan sengit menewaskan Max Verstappen dan Lando Norris dalam satu perlumbaan yang penuh mendebarkan dengan keadaan litar tidak menentu antara basah dan kering.
Walaupun diasak hebat oleh Verstappen, namun Hamilton berjaya menahan tekanan tersebut dan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1.465 saat (s) di hadapan pemandu Red Bull itu, manakala tempat ketiga menjadi milik Norris.
Secara keseluruhan, ia adalah kemenangan ke-104 dalam kerjaya Hamilton dan merupakan yang kesembilan berjaya dimenanginya di Silverstone sekali gus memadam rekod lama dicipta legenda F1 dunia, Michael Schumacher di litar berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Noh Omar Terpaksa Tunggang Nama Najib Untuk Di Lihat Masih Relevan
- Guna King Councel – Ñajib tidak boleh tapi Muhyiddin boleh pula.
- Wabak Salah Najib Bermula Lagi
Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?
Ia sekali gus menamatkan kemarau kemenangan buat bekas juara dunia tujuh kali itu yang kali terakhir memenangi perlumbaan sewaktu GP Arab Saudi pada Disember 2021.
“Saya tidak boleh berhenti menangis kerana saya menunggu terlalu lama untuk menikmati detik ini. Sejak 2021, setiap hari saya bangun, cuba berjuang, berlatih dan memberikan fokus kepada tugas bersama pasukan.
“Ini adalah GP Britain terakhir saya bersama pasukan ini. Saya mahu memberikan kemenangan untuk mereka. Semua kerja keras yang saya lakukan ini adalah buat mereka,” katanya.
Sebagai rekod, pemandu berusia 39 tahun itu akan meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari selepas berakhirnya saingan musim ini. – AGENSI
Hamilton bergaya padam rekod legenda F1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :