Lapor KPDN jika peniaga durian tidak jujur

Oleh – Syeikh Baran


Lapor KPDN jika peniaga durian tidak jujur
Gambar Hiasan

Dalam keseronokan menikmati keenakan durian, timbul pelbagai aduan mengenai sikap segelintir peniaga yang tidak jujur dalam perniagaan mereka demi meraih keuntungan tinggi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi perkongsian di Facebook mendedahkan ciri-ciri peniaga durian yang beretika antaranya meletakkan tanda harga yang jelas.



“Selain itu, letakkan label pada setiap kategori atau jenis durian yang dijual dengan jelas dan guna alat timbang yang sesuai serta jujur dalam timbangan dan jenis buah yang dijual.

“Seterusnya, guna alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan serta mempamerkan iklan promosi yang jelas dan tidak mengelirukan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

KPDN turut menyeru kepada orang ramai supaya melaporkan aduan mengenai salah laku peniaga yang tidak jujur melalui talian bebas tol (1-800-886-800).

Orang ramai juga boleh berbuat demikian menerusi laman web sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdn.gov.my atau WhatsApp di talian +60192794317.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button