‘Ini tutorial tak kosong, doktor tengok pun mengucap banyak kali’

Oleh – Syeikh Baran


‘Ini tutorial tak kosong, doktor tengok pun mengucap banyak kali’
Tangkap layar minyak panas menggelegak disiram diatas tangan demi menunjukkan tutorial elak melecur.

Seorang tukang masak berkongsi tips mengelakkan tangan melecur apabila terkena minyak panas iaitu dengan menyapu sos tiram, namun apa yang menarik perhatian ialah tindakannya mengorbankan tangan sendiri demi sebuah video tutorial.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @rizaltomyam0890, lelaki tersebut bersungguh-sungguh menunjukkan tutorial sebenar elak kecederaan semasa terkena minyak panas dengan menuangkan minyak panas menggelegak terus ke tangannya.



Dalam video tersebut, lelaki itu turut memasukkan sedikit air di dalam minyak tersebut sehingga ia meletop, untuk membuktikan bahawa ia betul-betul panas.

“Tangan saya ni tiada bekas apa-apa ye, saya masak dah lama, lebih kurang dalam 12 tahun. Sapu sos tiram pada tangan dan biarkan ia, insya Allah tangan kita tidak akan melecur,” jelasnya di dalam video.

Tumpuan orang ramai untuk mempelajari tips mengelakkan tangan melecur ketika terkena minyak panas terganggu apabila melihat tangan si pembuat video disiram minyak panas.

“Ini tutorial tak kosong, doktor tengok pun dia mengucap banyak kali. Esok abang jangan lupa kongsi video selepas tutorial ok, nak tengok juga lah kesudahannya. Risau,” ujar @gigie_susu.



“Terima kasih abang, saya dah cuba di rumah. Lepas itu cari sos tiram tak jumpa bang, sos habis, sekarang ni dekat hospital, masuk ICU,” seloroh @rashhadi.

“Tips jujur, suami tukang masak, masa jari saya terpegang kuali panas, dia sapukan sos tiram. lega , sejuk dan rasa denyut-denyut. Esok kebas sikit, sekarang tiada kesan langsung, steady jari, boleh tambah cincin emas,” kata @aqilahumairah.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button