10 terselamat kapal karam di Tanjung Rhu

Oleh – Syeikh Baran


10 terselamat kapal karam di Tanjung Rhu
Bot yang ditahan kerana membawa sehingga 40 penumpang.

Kapten dan sembilan kru sebuah kapal asing terselamat selepas karam akibat kebocoran tangki kira-kira 2.1 batu nautika barat Tanjung Rhu di sini, awal pagi tadi.

Kesemua lelaki warga Indonesia dan Myanmar berusia 19 hingga 53 tahun itu diselamatkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), kira-kira pukul 3.35 pagi.



Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada Sub Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru.

“Setibanya di lokasi didapati kapal MV KUM JIN itu mengalami kebocoran tangki di bahagian depan dan dalam keadaan tidak stabil.

“Anggota kita kemudian membantu memindahkan mereka ke Bot Perkasa 36 sebelum dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin (PPM) Pulau Indah bagi tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Tambah Abdul Muhaimin, pemeriksaan mendapati kapten dan kru kapal itu memiliki dokumen pengenalan diri serta permit sah.



Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menahan sebuah bot yang membawa penumpang melebihi had dibenarkan, kira-kira 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan, Klang, pukul 1 petang semalam.

“Pemeriksaan mendapati bot itu membawa 45 penumpang berbanding hanya dibenarkan tidak melebihi 11 individu selain penumpang tidak memakai jaket keselamatan.

“Kes itu disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana melanggar syarat sah lesen,” ujarnya.

Sumber -KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button