Jejambat BSP kini dibuka untuk kegunaan awam

Jejambat BSP kini dibuka untuk kegunaan awam

Jejambat BSP kini dibuka untuk kegunaan awam
Amirudin (tengah) dan Hock San pada majlis perasmian Jejambat BSP.

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS), melancarkan jejambat Bandar Saujana Putra (BSP), projek yang dinanti-nantikan penduduk BSP dan pengguna sekitarnya.

Projek jejambat BSP terbabit yang diumumkan pada 2019, kini dibuka untuk kegunaan awam yang menghubungkan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Pada masa ini, populasi BSP mencecah hampir 20,000 orang dan jejambat ini dijangka membantu mengawal aliran trafik di kawasan ini.



Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San berkata, penyempurnaan jejambat ini juga menandakan satu pencapaian penting dan tepat pada masanya, selaras dengan pelancaran projek BSP Sutera pada April lalu.

“Di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi oleh LBS, terutama sewaktu pandemik, saya gembira projek ini berjaya disiapkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?




“Saya percaya jejambat ini akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan membantu meningkatkan aliran trafik di lokasi kritikal ini,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pembangunan ini terdiri daripada unit pangsapuri dan rumah bandar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM207 juta, di mana ia akan memberi nilai tambah di BSP.

“Perbandaran ini terdiri daripada pembangunan bercampur yang strategik dengan pilihan komprehensif kediaman dan unit komersial yang memenuhi keperluan rakyat,” katanya.

Jejambat BSP ini dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim; Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim.



Sementara itu, Amirudin berkata, pelancaran jejambat BSP ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dengan mengurangkan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada LBS atas sumbangan syarikat terhadap pembinaan jejambat terbabit.

Jejambat BSP kini dibuka untuk kegunaan awam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button