Dituduh pelakon tumbuk kekasih, Ammar Alfian bersuara bukan dirinya

“Tahulah muka aku jahat…”

Dituduh pelakon tumbuk kekasih, Ammar Alfian bersuara bukan dirinya

Dituduh pelakon tumbuk kekasih, Ammar Alfian bersuara bukan dirinya
Ammar nafi dia merupakan pelakon yang memukul teman wanita.

SUSULAN berita mengenai seorang pelakon lelaki didakwa menumbuk wajah kekasihnya, nama Ammar Alfian antara dipetik sebagai individu dimaksudkan.

Tampil menjawab tuduhan tersebut, Ammar atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 37, menyangkal itu adalah dirinya.

“Bukan aku,” katanya.



Ammar menyangkal perkara tersebut dalam ruangan komen di Instagram mStar yang turut melaporkan berita berkenaan.

Dituduh pelakon tumbuk kekasih, Ammar Alfian bersuara bukan dirinya
Ammar membalas dakwaan netizen.

Dalam masa sama, pelakon berkenaan juga menganggap tuduhan tersebut sebagai keterlaluan hanya kerana dia sering membawa watak antagonis dalam drama serta filem lakonannya.

Malah Ammar secara sinikal meminta produser agar memberikannya lebih banyak tawaran watak berbeza.


“Tahulah muka aku jahat. Lepas ni produser tolong beri watak ustaz. Aku nak babak solat dan menangis dalam masjid,”ujarnya.

Sejak pagi Isnin, berita tentang seorang wanita dipukul seorang pelakon yang juga kekasihnya menjadi bualan ramai.

Susulan itu, nama Ammar disebut-sebut sebagai pelakon dimaksudkan daripada beberapa petunjuk diberikan seperti umur dan berbadan sasa.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button