Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik

Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik

Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik

 

Penulis terpanggil untuk memberikan reaksi atas keluhan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau mengeluh kerana walau pun pelbagai program telah dibuat, namun UMNO masih lagi menghadapi defisit sokongan pengundi teras UMNO.



Bila bercakap tentang pengundi teras UMNO, sudah pasti yang dimaksudkan oleh Shamsul Anuar Nasarah adalah pengundi Melayu.

Shamsul Anuar Nasarah juga menggesa UMNO untuk memahami realiti sebenar orang Melayu meninggalkan Umno merujuk keputusan PRN tahun lalu dan siri PRK, selepas pilihan raya umum itu.

“Ternyata UMNO dan Barisan Nasional (BN) mesti segera mengkaji semua aspek dan mengatur strategi berasaskan fakta, data yang tepat serta realiti sebenar.”

“Namun, persoalan yang perlu UMNO jawab dan mencari jalan penyelesaian adalah kenapa mutakhir ini sokongan Melayu dan pengundi teras, pengundi muda kepada Umno-BN semakin kurang biarpun pelbagai program dan perkara telah dilakukan.”



“UMNO mesti segera mengubah pendekatannya menghadapi rakyat.”

“Semua realiti telah berubah.”

“Jangan lagi hanya menumpukan program dalam lingkungan ahli tanpa memfokuskan kelompok rakyat.”

“UMNO tidak boleh bertindak tanpa strategi yang tepat.”



“Cuma berasaskan andaian semata-mata, sebaliknya perlu melakukan apa rakyat inginkan,” jelas beliau.

Penulis bersetuju dengan keluhan yang dilontarkan oleh Shamsul Anuar Nasarah.

Cuba tanya kepada anak muda dan juga orang Melayu yang ada di sekeliling kita.

Adakah mereka maklum dengan program yang sudah, sedang dan akan UMNO jalankan?



Pasti majoriti mereka akan menjawab tidak tahu dan malas hendak ambil tahu.

Mengapa perkara begini terjadi?

Kerana seperti kata Shamsul Anuar Nasarah, UMNO hanya melaksanakan program di kalangan mereka sahaja tanpa membabitkan masyarakat umum.

Ahli UMNO cuma sekitar 3 juta orang sahaja dan jumlah pengundi berdaftar di Malaysia adalah seramai 23 juta orang.



Bolehkah UMNO memenangi pilihanraya dengan hanya 3 juta undi berbanding 20 juta undi?

Itupun kalau kesemua 3 juta ahli UMNO mengundi calon UMNO/BN.

UMNO Mesti Lebih Ikhlas Dan Inklusif

 

UMNO adalah sebahagian dari kerajaan yang memerintah sekarang.



Persoalannya, apakah yang sudah UMNO lakukan untuk memenangi kembali kepercayaan orang Melayu?

Dari perbualan tidak rasmi penulis dengan rakan-rakan yang berada dalam kluster atas pagar, keyakinan mereka kepada UMNO/BN sudah tiada.

Persoalan utama mereka adalah, bolehkah UMNO diharapkan sekiranya bekas pemimpin utama mereka sendiri tidak dapat UMNO tolong.

Yang didendangkan hanyalah cerita UMNO sedang melakukan sesuatu, tetapi tidak ada satu pun yang berlaku.

Sudah hampir 2 tahun, pemimpin tersebut dianiaya dan dipenjara.

Berita UMNO yang menjadi halwa telinga orang Melayu adalah kononnya UMNO pasti akan bangkit, UMNO lemah kerana masih ada pengkhianat dan sebagainya.

Sejak hilang kuasa dalam PRU 14, sudahkah UMNO bangkit?

Masalahnya, adakah pengundi atas pagar kesah dengan isu tersebut.

Paling memualkan adalah laungan hanya UMNO yang akan menyelamatkan bangsa Melayu.

Selamatkan orang Melayu dari apa?

Selepas PRU 14, seorang pemimpin UMNO menjadi perdana menteri dan sekarang presiden UMNO adalah Timbalan Perdana Menteri I.

Sudah selamatkan orang Melayu dari himpitan ekonomi?

Bolehkah janji UMNO untuk selamatkan orang Melayu digunakan untuk membeli sekilo beras di kedai?

Mengapa di era Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak, UMNO mendapat sokongan padu orang Melayu?

Kerana mereka membantu orang Melayu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.

Tunku Abdul Rahman dengan kejayaan memerdekakan tanah air dan Tun Razak pula dengan usaha memartabatkan ekonomi orang Melayu dengan pelbagai rancangan seperti FELDA, MARA, FELCRA dan bermacam-macam lagi.

Mereka tidak sibuk dengan program atau kem bersama penyokong mereka.

UMNO perlu kembali menjadi parti yang inklusif dan bukannya parti yang eksklusif.

 

Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button