Gelagat Anak Ernie Zakri Buat Pizza Raih Perhatian Ramai [VIDEO]

Comel Betul, Dengan Mulut Petah Dia Tu

Gelagat Anak Ernie Zakri Buat Pizza Raih Perhatian Ramai [VIDEO]

Gelagat Anak Ernie Zakri Buat Pizza Raih Perhatian Ramai [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.



Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

“Telatah Mulut Khawla Buatkan Ramai Sayang Padanya”-Netizen

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ernienator.my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 8,383, tanda suka sebanyak 704 dan sebanyak 57 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan anak kepada Ernie Zakri iaitu Khawla yang sedang membuat pizza.

@ernienator.my

Replying to @sitirajunah Aameen 🤲 Chef Lala buat pizza tudey with teacher athirah ❤ #syamel #erniezakri #khawlasoleha #lala #4u #fyp #masukberanda #fypシ゚viral

♬ original sound – 𝗘rnie 𝗭akri 𝗠𝗬 – 𝗘rnie 𝗭akri 𝗠𝗬



Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar lihat telatah Khawla yang sangat lucu serta mulunya yang petah berkata-kata itu.

Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak solehah yang taat kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Gelagat Anak Ernie Zakri Buat Pizza Raih Perhatian Ramai [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button