Intan Najuwa Kongsi Resipi Mee Bandung Muar [VIDEO]
Netizen Pula Tertarik Dengan Set Pinggan Mangkuk- ‘Mesti Mahal, Kita Mampu Tengok Je’
Intan Najuwa Kongsi Resipi Mee Bandung Muar [VIDEO]
Baru-baru ini, pelakon jelita iaitu Datin Intan Najuwa berkongsi resipi untuk memasak Mee Bandung Muar menerusi hantaran di TikTok.
Pinggan jadi perhatian
@intannajuwaaa
Bersama kita kembali pada menu malam ini 😂 Mee Bandung Muar -Bawang merah -Bawang Putih -Cili kering kisar -Udang Geragau (Tumbuk) -Kacang Tumbuk – Ayam ( patutnya pakai daging lagi sedap, tapi baru sedar kat rumah dah habis 😂 ) -Sawi & sayuran yang you guys suka. -Tomato (saya guna Cherry tomato) -Telur Selamat mencuba guys! 🫶🏻
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid begitu cekap dan tidak kekok memasukkan bahan-bahan sewaktu memasak juadah tersebut.
Pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Kekasih Paksa Rela’ ini juga dilihat tidak kedekut ilmu apabila menyenaraikan segala bahan dan cara untuk memasak juadah Mee Bandung Muar di ruangan kapsyen.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang memuji pelakon berusia 27 tahun itu yang begitu cekap memasak di dapur.
Namun, apa yang mencuri perhatian ialah rata-rata netizen yang lain lebih tertumpu ke arah set pinggan mangkuk yang digunakan Intan ketika menghidangkan juadah tersebut.
Mereka juga tertarik dengan periuk yang digunakan Intan kerana sama sekali tidak melekat ketika digunakan.
Komen netizen
Posting IG Intan Najuwa
Sementara itu, Intan dilihat memberikan respons kepada segala pertanyaan mengenai peralatan yang digunakannya menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Sumber: TikTok, Instagram Intan Najuwa
Intan Najuwa Kongsi Resipi Mee Bandung Muar [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :