Kes tidak puas hati anak kena kad merah selesai

Oleh – Syeikh Baran


Kes tidak puas hati anak kena kad merah selesai
Tangkap layar video kejadian tersebut yang tular di media sosial.

Kes tular melibatkan seorang bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil memberikan anaknya kad merah pada perlawanan bola sepak di sini, Sabtu lalu dianggap sudah selesai.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr. Roslan Hussin berkata, liga tersebut merupakan anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) dengan jadual perlawanan melibatkan beberapa lokasi lain di seluruh negara.



“Bapa mungkin tidak dapat mengawal emosi, kita tidak menyalahkannya. Kes dah selesai, kita tidak ambil apa-apa tindakan dan berharap agar insiden ini menjadi satu pengajaran kepada semua pihak. Bagaimanapun, dalam aktiviti seperti ini, kita harus beri kepercayaan kepada pengurusan.

“Kita beri kepercayaan penuh kerana dia menjalankan tanggungjawab sebagai pengadil, siapa rasa tidak puas hati dan sebagainya boleh berbincang.

“Jangan ambil tindakan di luar kawalan yang boleh menjejaskan keselamatan pemain dan penonton,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelas beliau, sebarang ketidakpuasan hati sewajarnya disalurkan kepada persatuan dan sebagainya atau mengemukakan pandangan selepas perlawanan berakhir.



Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pengadil perlawanan tersebut dilantik oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bukannya dalam kalangan guru di Negeri Sembilan.

“Pihak sekolah telah mempersiapkan kawalan dan tindakan keselamatan terutama bagi menjaga penyokong di luar padang. Khidmat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia dan polis bantuan ada. Prosedur kawalan keselamatan juga diikuti bagi menangani keadaan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button