Dua suspek pecah rumah diburu

Oleh -Syeikh Baran


Dua suspek pecah rumah diburu
Tangkap layar video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai antara suspek dalam kes berkenaan yang masuk melalui pintu gril hadapan.

Polis sedang mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai memecah masuk rumah seorang wanita dalam kejadian di Taman Rimbun Aman di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang wanita menyatakan rumahnya di Taman Rimbun Aman di sini telah dipecah masuk pada pukul 8.58. pagi.



“Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah dua orang lelaki bangsa tidak pasti telah pecah masuk rumah dengan cara mengumpil pintu hadapan rumah mangsa.

“Kejadian berlaku sekitar pukul 4.45 pagi hari ini (9 Julai 2024) dan pihak polis kini sedang giat mengesan suspek terlibat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai pecah rumah dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook sebuah video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki dipercayai antara suspek dalam kes berkenaan yang masuk melalui pintu gril hadapan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button