Bekas pegawai bank pun kena tipu

Oleh – Syeikh Baran


Bekas pegawai bank pun kena tipu
Gambar Hiasan

Impian menggunung seorang suri rumah melipat ganda wang simpanan dengan menyertai pelaburan yang diiklankan di media sosial berkecai apabila wang RM100,000 hasil titik peluh bekerja sebelum ini dikebas scammer.

Kerugian yang dialami wanita berusia 31 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai bank gara-gara terjerat dengan iklan pelaburan sebuah syarikat tidak wujud di facebook.



Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa telah menghubungi suspek pada 13 Mac lalu bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelaburan yang ditawarkan syarikat berkenaan.

“Susulan itu, pada 30 April, mangsa telah berjumpa dengan seorang wanita yang mendakwa wakil daripada syarikat terbabit dan menawarkan keuntungan 50 peratus daripada pelaburan.

“Mangsa telah menandatangani perjanjian pelaburan secara dalam talian sebelum melakukan sembilan transaksi ke akaun sebuah syarikat berjumlah RM100,000,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, apabila sampai masa keuntungan dijanjikan, syarikat itu tidak dapat dihubungi malah iklan di facebook juga lesap.



Katanya, mangsa kemudian merasakan dirinya ditipu tampil membuat laporan polis semalam.

“Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,”katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button