BNM dijangka kekalkan OPR 3.0 peratus – StanChart Singapore
BNM dijangka kekalkan OPR 3.0 peratus – StanChart Singapore
Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.0 peratus dalam mesyuarat dasar monetarinya yang akan datang pada 11 Julai, walaupun dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel baru-baru ini, kata Standard Chartered Bank (Singapore) Ltd (StanChart Singapore).
Bagaimanapun, katanya ia akan memantau sebarang perubahan terhadap prospek inflasi BNM berikutan rasionalisasi subsidi diesel yang dilaksanakan pada 10 Jun.
“Anggaran awal kami adalah impak sederhana 0.1 mata peratusan (ppt) terhadap inflasi berikutan ciri pemotongan subsidi yang disasarkan.
“Bagaimanapun, kami akan memerhati kesan pusingan kedua, terutama memandangkan mungkin terdapat rasionalisasi subsidi yang seterusnya dalam keadaan pemulihan pertumbuhan Malaysia,” katanya dalam nota penyelidikan global hari ini.
StanChart Singapore berkata ia juga akan memantau perubahan dari segi penilaian BNM terhadap ringgit selepas bank pusat itu menerusi nota pada Mei berkata “ringgit pada masa ini tidak mencerminkan asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia.”
Pada 9.05 pagi, ringgit tidak berubah pada 4.7070/7130 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.7065/7110 semasa ditutup pada Jumaat.
BNM dijangka kekalkan OPR 3.0 peratus – StanChart Singapore
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup
- Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik
- Selagi Hj Hadi Presiden, UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?