Masukkan Usul Desak Kerajaan Berikan Penjelasan Mengenai Kewujudan Titah Adendum Pengampunan DS Najib Dalam PAU
Masukkan Usul Desak Kerajaan Berikan Penjelasan Mengenai Kewujudan Titah Adendum Pengampunan DS Najib Dalam PAU
Ogos ini UMNO dijangka akan mengadakan Persidangan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) di ibu pejabat parti tersebut di World Trade Center (WTC), Kuala Lumpur.
Sekarang ini kesemua bahagian UMNO di seluruh negara sedang mengadakan Mesyuarat Agung UMNO peringkat bahagian.
Tidak ada sebarang pemilihan sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau pun pusat pada tahun ini.
Penulis difahamkan, perkara utama yang dibahaskan adalah mengenai usul yang akan dicadangkan untuk dibahas dalam PAU 2024.
Majoriti cawangan dan bahagian UMNO di seluruh negara mahu mencadangkan supaya UMNO mendesak kerajaan untuk menyatakan pendirian mengenai kewujudan titah adendum Di Raja mengenai pengampunan DS Najib.
Akar umbi UMNO bukan hendak membahaskan mengenai keabsahan titah tersebut, tetapi mahu tahu sama ada ianya wujud atau pun tidak.
Pemimpin UMNO di peringkat akar umbi sedar, jawatan parti yang mereka pegang sekarang adalah kerana dipilih oleh akar umbi.
Mereka tidak ada pilihan selain dari membawa suara akar umbi ke peringkat pusat di PAU 2024 nanti.
Begitu juga pemimpin UMNO di peringkat pusat.
Mereka mesti ingat, jawatan parti, kabinet dan GLC yang mereka nikmati sekarang adalah kerana mereka dipilih oleh akar umbi UMNO.
Sekiranya akar umbi tidak memilih mereka sebagai pemimpin parti, sudah tentu tidak ada jawatan yang akan ditawarkan kepada mereka.
Tidak ada jawatan menteri atau pun pengerusi GLC.
Luluskan usul tersebut atau mereka akan jadi sejarah selepas pemilihan UMNO dalam PAU 2026 nanti.
Masukkan Usul Desak Kerajaan Berikan Penjelasan Mengenai Kewujudan Titah Adendum Pengampunan DS Najib Dalam PAU
Di Syorkan Untuk Anda:
- Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?
- Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup
- Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik