Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?

Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib

Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?

 

Dalam masa sebulan setengah lagi atau lebih tepat menjelang 23 Ogos 2024, maka genaplah 2 tahun pemimpin yang kita sayangi, DS Najib terkurung di dalam penjara.

Ianya juga bermaksud sudah hampir 2 tahun keadilan untuk DS Najib terus dinafikan.



Tidak perlu penulis senaraikan satu persatu segala kezaliman dan ketidak adilan yang telah dilakukan ke atas DS Najib.

Antaranya, permohonan DS Najib untuk menggunakan khidmat Queen Counsel dari United Kingdom tidak dibenarkan.

Tetapi apabila Muhyiddin mahu menggunakan khidmat Queen Counsel, ianya dibenarkan.

Alasan yang digunakan untuk menolak permohonan DS Najib adalah kerana Queen Counsel yang dipohon oleh DS Najib tidak fasih berbahasa Melayu.



Dan alasan kedua adalah kerana kononnya Queen Counsel yang dipohon oleh DS Najib tidak mahir dengan akta AMLA di Malaysia.

Persoalannya, adakah Queen Counsel yang dipohon oleh Muhyiddin fasih berbahasa Melayu dan mahir dengan akta AMLA di Malaysia?

Penulis bersangka baik, mungkin Dewan Bahasa & Pustaka sudah mengesahkan kefasihan berbahasa Melayu Queen Counsel Muhyiddin.

47 pertuduhan ke atas DS Zahid digugurkan di peringkat prima facie kerana nota Peguam Negara yang bocor.



Tetapi tidak ke atas DS Najib, walau pun nota dari peguam negara yang sama juga bocor.

Sekali lagi penulis bersangka baik.

Mungkin nota Peguam Negara yang bocor untuk kes DS Najib adalah peguam negara Somalia dan bukannya Malaysia.

Pemimpin UMNO Sedang Menikmati Kegelian Kuasa

 



Persoalan yang paling besar adalah, sepanjang hampir 2 tahun DS Najib dinafikan keadilan, berapa ramai pemimpin UMNO yang dahulunya mengipas DS Najib bersuara?

Penulis tidak mengatakan tidak ada.

Memang ada yang lantang bersuara.

Tetapi itu sebelum PRU 15 atau lebih tepat sebelum kegelian berada di dalam pejabat berhawa dingin di pelbagai kemeterian dan GLC.



Sekarang?

Hampir kesemuanya sedang leka menikmati kegelian yang sangat megkhayalkan.

Ingat, akar umbi mahukan keadilan untuk pemimpin yang mereka sayangi itu.

Dan kamu semua berada dalam nikmat kegelian kuasa kerana kamu dipilih oleh akar umbi untuk memegang jawatan parti.



Tanpa jawatan parti, maka tidak akan ada nikmat kegelian kuasa.

Dan sekiranya tidak dipilih akar umbi, maka tidak akan ada jawatan parti.

 

Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button