Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?

 

Satu lagi cerita politik yang cukup memualkan dipentaskan untuk rakyat.

YDP Dewan Rakyat, Johari Abdul, membuat keputusan mengekalkan 6 kerusi ahli parlimen PPBM yang menyokong Kerajaan Perpaduan.



Maka dipetiklah segala macam peruntukan di dalam perlembagaan negara sebagai hujah untuk menyokong keputusan yang telah beliau buat.

Dan sebagaimana yang dijangka, apabila sesuatu keputusan itu tidak memihak kepada pihak yang lagi satu, maka meroyanlah pula pihak tersebut.

Janggal dari sudut perlembagaanlah, bertentangan dengan undang-undanglah dan macam-macam lagi.

Pada penulis, ianya hanyalah sebagai terjemahan dari rasa tidak puas hati kerana keputusan yang dibuat itu tidak menguntungkan mereka.



Penulis tidak mahu membahaskan siapa yang betul dan siapa yang salah.

Kalau pihak yang tidak puas hati mahu membawa keputusan yang telah dibuat ke mahkamah, silakan.

Di mahkamah nanti berhujahlah di hadapan hakim.

Yang penulis mahu katakan di sini, sampai bila politikus kita mahu sibuk berpolitik.



Adakah mereka fikir, mandat yang rakyat berikan kepada mereka itu bertujuan untuk mereka berpolitik sepanjang masa?

Tahukah mereka, rakyat marhaen yang memberikan mereka mandat, sekarang ini semakin terhimpit kehidupannya dengan tekanan ekonomi?

Subsidi diesel sudah ditarik dan penulis yakin, tidak lama lagi akan tiba masanya subsidi petrol pula akan ditarik balik.

Masalah bekalan beras tempatan masih lagi belum dapat diselesaikan dengan tuntas.



Dunia Berhadapan Dengan Krisis Makanan, Politikus Sibuk Berebut Kuasa

 

Adakah politikus negara kita sedar, pemimpin dunia sekarang sedang bergelut menyelesaikan masalah bekalan makanan dunia?

Menjelang 2050, penduduk dunia dijangka akan bertambah kepada 10 bilion.

Sedangkan bekalan makanan dunia semakin tahun semakin merosot akibat dari perubahan iklim global yang semakin tidak menentu.



Menjelang 2050, World Food Programme (WFP) sebuah organisasi yang bernaung di bawah PBB menjangkakan hampir 30% tanah pertanian dunia tidak boleh digunakan akibat perubahan iklim global.

Peperangan yang sedang berlaku di beberapa kawasan di dunia akan memburukkan lagi keadaan, malah akan mempercepatkan lagi krisis bekalan makanan dunia.

Apa tindakan dan rancangan jangkamasa panjang pemimpin kita?

Sibuk berpolitik!!!



 

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button