Bekas koperal hadapi 4 kes seksual 15 tahun lalu diburu

Oleh – Syeikh Baran


Bekas koperal hadapi 4 kes seksual 15 tahun lalu diburu
Ahsmon menunjukkan senarai 55 individu yang sedang dalam buruan pihaknya pada sidang media di IPD Kuching, hari ini.

Seorang bekas anggota polis termasuk seorang wanita warga asing antara 55 individu diburu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, atas pelbagai kesalahan jenayah, narkotik serta komersial.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, bekas anggota polis berpangkat Koperal itu dikenali sebagai Juwanda Ranu Suut menghilangkan diri apabila berdepan empat pertuduhan kes serangan seksual 15 tahun lalu.



“Suspek menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan tiga lagi di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Suspek telah melarikan diri dan usaha memburu digerakkan sehingga ke sempadan-sempadan keluar masuk pintu negara sehingga kini. Anggota terbabit diberhentikan daripada perkhidmatan polis pada Ogos 2013,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kuching, hari ini.

Ashmon berkata, pihaknya turut memburu seorang wanita dari United Kingdom dikenali sebagai Beardsley Dorthy Elizabeth dan dua individu disyaki terlibat dalam pembunuhan di Batu Kawa.

Ahsmon menambah seramai 20 lagi individu adalah terlibat dalam pelbagai kes penipuan dan masih aktif sehingga kini manakala 20 individu dikehendaki atas kesalahan-kesalahan berkaitan dadah.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button