Bapa Baby Syifa ditahan kes tipu yuran guaman

Oleh – Syeikh Baran


Bapa Baby Syifa ditahan kes tipu yuran guaman
Gambar Hiasan

Bapa kepada bayi Nour Rania Asyifaa atau lebih dikenali sebagai Baby Syifa ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berkait kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki tersebut ditahan pada pukul 2.45 petang di ibu negara oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, aktivis yang memperjuangkan kes penganiayaan itu didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat YY Community Center.

Bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan juga menafikan wang itu digunakan untuk memulakan kerja bagi mewakili kes bahkan tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya menyedari perkara itu selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu.

Sebelumnya, kes kematian Baby Syifa meraih simpati daripada orang ramai setelah bayi tersebut disahkan meninggal dunia kerana lehernya tersangkut pada buaian ketika tidur di pusat asuhan pada 22 Februari 2022.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button