Reaksi Peminat Apabila Dipeluk Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Untunglah Awakkk”

-Reaksi Peminat Apabila Dipeluk Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Reaksi Peminat Apabila Dipeluk Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Weyh Tokti Peluk Awak, jeles Kita Tau”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nuraaenn yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 577 ribu, tanda suka sebanyak 13 ribu dan sebanyak 81 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang berada disuatu tempat dan bergambar beramai-ramai, namun tidak semena-mena isteri kepada seorang penyanyi itu memberitahu bahawa dia sangat sangat teruja apabila Tokti memeluk pinggangnya itu.

@nuraaenn

Pinggang i dah naik harga sebab tokti dah pegang 🤣 @Siti Nurhaliza



♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon

Rata-rata peminat terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka sangat cemburu dengan isteri penyanyi tersebut kerana dipeluk oleh penyanyi kesayangan mereka serta mereka inginkan hal yang sama terjadi pada diri mereka.

Apa-apa pun, semoga kita  semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Reaksi Peminat Apabila Dipeluk Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button