Uqasha Senrose Kongsi Wajah Anak

Peminat ‘Geram’!-“Panjangnya Bulu Mata Dia…”

Uqasha Senrose Kongsi Wajah Anak

Uqasha Senrose Kongsi Wajah Anak

Umum mengetahui, pelakon, Uqasha Senrose telah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada April lalu.

Genap 3 bulan melahirkan cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup bersama suami yang juga pelakon, Kamal Adli, Uqasha menerusi hantaran di Instagram akhirnya dilihat memuatnaik wajah penuh anak mereka yang diberi nama Hawra Uqaira.



“To my little girl, saya menyayangi kami dengan sepenuh hatiku. Saya tahu saya wanita yang kuat, apa-apa sahaja yang menimpa, saya melaluinya InsyaAllah.

Uqaira adalah jantung saya, jiwa saya, hal terbaik yang pernah berlaku kepada saya, sumber gelak tawa dan sedikit tangis hehe. Dia adalah dunia saya, kekuatan saya. “-kapsyen Uqasha di Instagram

View this post on Instagram



A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Aduh Panjangnya Bulu Mata Dia…”

Menjengah  ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa teruja melihat wajah comel Uqaira, malah ramai yang menitipkan doa buat Uqasha dan bayi perempuannya itu.

“Mother is mothering 😍💖.”-Nur Fazura



“Awww so beautiful  ❤️ Masyallah her lashes though! 😍 May mommy and baby always be protected by Allah SWT and blessed with love always.”-Julia Farhana Marin

“Gerammnyaa.”-MUA Bellaz

“Aduh panjangnya bulu mata dia jealous nya aunty 💖.”

“Ibunya tido pun comel. Anaknya masyaAllah cantik betul bulu mata dia 😍😍



“Sedapnya nama Uqaira secomel orangnya secantik ibunya ❤️.”

“Bulu mata nak pergi mana tu.”

Comel betul bayi perempuan Uqasha Senrose dan Kamal Adli, semoga Uqaira membesar menjadi anak yang solehah dan menyenangkan ibu bapa kelak.

Apa komen anda?



Uqasha Senrose Kongsi Wajah Anak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button