Polis Gagal Hubungi Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita

Polis Gagal Hubungi Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita

Polis Gagal Hubungi Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita

Sebelum ini, viral mengenai kisah seorang pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah kekasihnya dalam satu kejadian di sebuah kondominium di Damansara.

Terbaru, pelakon tersebut gagal dihubungi pihak polis.



Tunggu laporan perubatan

 

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, pihaknya telah menghubungi pelakon terbabit untuk hadir memberi keterangan.

Perintah Untuk Menyiasat (OTI) kita sudah dapat dan pelakon tersebut telah dihubungi termasuk melalui aplikasi WhatsApp namun tidak berjawab dan dibalas.

Kita akan membuat panggilan memberi keterangan kepada individu itu untuk hadir mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah.



Tambah Shhahrulnizam, setakat ini, pihaknya telah merakam keterangan kakak mangsa sebagai saksi.

Kita sedang menunggu laporan perubatan bagi membantu siasatan. Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan lengkap.

Sumber: Kosmo

Polis Gagal Hubungi Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button