Tayar lembut rosakkan peluang Norris

Tayar lembut rosakkan peluang Norris

Tayar lembut rosakkan peluang Norris
HENTIAN pit yang perlahan turut dikatakan menjadi punca kegagalan Norris untuk menjuarai GP Britain semalam. – AFP

NORTHAMPTONSHIRE – Pemandu McLaren, Lando Norris meluahkan kekecewaan apabila pasukannya mensia-siakan peluang untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Britain di Litar Silverstone pada Ahad lalu.

Norris memulakan perlumbaan dengan cemerlang apabila memotong Max Verstappen serta pasangan Mercedes, George Russell dan Lewis Hamilton pada peringkat awal, namun hentian pit kedua yang mengambil masa agak lama menghancurkan peluangnya meraih kemenangan.

Pemandu Britain itu kekal di litar satu pusingan lebih lama daripada para pesaingnya sebelum menukar kepada tayar lembut, tetapi kesilapan melepasi kotak pit memberi peluang kepada Hamilton untuk mengatasinya, sekali gus menjuarai perlumbaan tersebut.



“Kami mensia-siakan segalanya dalam hentian terakhir, saya fikir walaupun jika saya masuk pit pada pusingan yang tepat, keputusan kami untuk menggunakan tayar lembut adalah salah.

“Saya fikir Lewis (Hamilton) tetap akan menang. Jadi, dua keputusan daripada pihak kami menyebabkan kami kehilangan segalanya hari ini. Sangat mengecewakan terutamanya di sini,” kata pelumba McLaren itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?




Walaupun McLaren menunjukkan prestasi luar biasa dengan salah satu kereta terpantas dalam beberapa perlumbaan kebelakangan ini, namun Norris berpendapat pasukannya kurang pantas untuk memenangi perlumbaan di Silverstone.

“Jelas sekali kami juga tidak cukup pantas kerana Mercedes jauh lebih bagus,” tambah Norris.

Bagaimanapun, Ketua Pasukan McLaren, Andrea Stella mendedahkan, mereka terlalu dipengaruhi oleh keputusan Hamilton untuk menggunakan tayar lembut yang akhirnya mengganggu prestasi keseluruhan pasukan di litar berkenaan. – AGENSI

Tayar lembut rosakkan peluang Norris

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button