Shuk Sahar tetap jalan tanggungjawab sebagai bapa
Anak jauh di Sabah
Shuk tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.
PELAWAK Shuk Sahar masih mengekalkan hubungan baik dengan anak-anaknya meskipun kini tinggal berjauhan selepas berpisah dengan bekas isteri Rosa Serra.
Kata Shuk atau Muhammad Shukri Mohamad Sahar, 38, panggilan video menjadi medium mereka berkomunikasi setiap hari dan akan terbang ke Sabah jika mempunyai masa lapang.
“Buat masa ini saya sibuk ulang alik ke Singapura… Tetapi tanggungjawab terhadap anak seperti nafkah saya lunaskan.
“Biasanya kami akan berkomunikasi menerusi panggilan video dan jika ada masa saya akan berjumpa di Sabah.
“Setakat ini tiada sebarang masalah tentang anak-anak. Isteri dipisahkan dengan satu lafas tapi anak-anak hubungan itu sampai akhir hayat,” katanya kepada mStar.
Shuk berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran Dol’s Podcast yang berlangsung paa Selasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup
- Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik
- Selagi Hj Hadi Presiden, UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS.
Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?
Belajar daripada kesilapan lalu, Shuk juga memberitahu dia kini jarang kehidupan bersama isterinya iaitu Fara Salleh di media sosial kerana tidak mahu membuka sebarang ruang perbalahan di antara pengikutnya.
Prinsip itu juga dipegang apabila nama Serra sebelum ini pernah menjadi bualan ramai berhubung hubungan baik di antara mereka disalah erti sesetengah pihak sebelum ini.
“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang bekas isteri tapi saya bersyukur dengan keputusan meneruskan kehidupan masing-masing dan fokus kepada anak-anak.
“Saya tidak akan bercakap sebab media sosial adalah media sosial. Apabila kita buka ruang orang mengata, secara tidak langsung wujud buli siber,” katanya.
Untuk rekod, Shuk dan Serra bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.
Shuk kemudiannya menamatkan zaman duda dengan Fara pada November tahun lalu.
Bercakap mengenai Fara, Shuk menyangkal khabar angin isterinya itu sedang hamil anak pertama mereka.
“Belum berisi (hamil) lagi. Saya tidak menolak untuk ada anak dan kami pun tidak merancang sebab itu adalah rezeki,” jelasnya.
Shuk tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Keputusan YDP Dewan Rakyat Mengekalkan 6 Kerusi Ahli Parlimen PPBM Akan Mencetuskan Krisis Perlembagaan?
- Masukkan Usul Desak Kerajaan Berikan Penjelasan Mengenai Kewujudan Titah Adendum Pengampunan DS Najib Dalam PAU
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?