Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang

Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang

Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang

 

Ketika menjelang pilihanraya di 6 negeri yang lepas, berlaku ketegangan hubungan antara parti PAS dan Gerakan.

Punca kepada ketegangan hubungan ketika itu adalah kerana antara kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional tersebut berebut kerusi.



Berlaku ketegangan yang serius sehingga ketika kempen pilihanraya, Presiden Gerakan, Dominic Lau, tidak diendahkan oleh jentera pilihanraya.

Penulis masih ingat ketika Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, dijemput ke pentas utama, Dominic Lau dibiarkan begitu sahaja.

Itu cerita sebelum pilihanraya di 6 buah negeri.

Ketegangan hubungan antara PAS dan Gerakan tenang seketika apabila Perikatan Nasional berjaya mengekalkan status quo dalam keputusan pilihanraya 6 negeri.



Kini, hubungan kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional kembali menjadi tegang.

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, menempelak parti Gerakan dengan menuduh parti tersebut cuba menjadi juara penggemar judi di Malaysia.

“Parti Gerakan tak perlu jadi juara pertahankan kelompok penggemar loteri.”

“Anda tidak akan mendapat tambahan undi pun dengan bersikap seperti ini,” tempelak Fadhli Shaari.



Kenyataan Fadhli adalah sebagai respon kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, dalam isu pengharaman judi di Kedah.

Dalam kenyataannya, Oh Tong Keong berkata, Gerakan memang tidak menggalakkan orang ramai berjudi.

Namum Gerakan membantah langkah mana-mana pihak merampas hak rakyat untuk terlibat dalam kegiatan tersebut.

Beliau juga menegaskan, kerajaan Kedah patut menghormati keputusan mahkamah tinggi mengembalikan semula kedai-kedai judi.



Untuk rekod, pada 9 Julai, beberapa kedai judi berjaya dalam tindakan undang-undang mereka untuk mengubah keputusan kerajaan Kedah mengharamkan perniagaan masing-masing.

Permohonan mereka untuk mendapatkan semakan kehakiman berhubung keputusan berkenaan diterima Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu.

Namun kerajaan Kedah memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan berkenaan sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Sebagai parti yang tak bergerak, tak makan, kita boleh memahami kenapa Gerakan bertindak begitu.



Adakah PAS kini sudah besar kepala kerana membuat keputusan sendiri atau Gerakan lupa cermin muka sendiri?

 

Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button